Pemeriksaan Mata Primer Lanjutan
Mata merupakan anggota yang sangat penting kepada tubuh badan manusia. Kira-kira 80% daripada apa yang kita lihat dan belajar adalah melalui deria penglihatan dan kami berharap dapat mengurangkan tanda-tanda masalah penglihatan yang boleh membawa kepada kemungkinan buta atau kehilangan penglihatan melalui rutin pemeriksaan mata.
Pemeriksaan Ralat Refraksi
Pemeriksaan mata rutin bukan hanya meliputi pemeriksaan ralat refraksi yang dikenali sebagai “ujian refraksi”. Ujian ini memerlukan pesakit untuk membaca huruf dari besar ke kecil dan pengamal kesihatan mata akan meningkatkan tahap penglihatan anda dengan memberikan kanta preskripsi yang sewajarnya. Prosedur ini adalah biasa kepada individu yang pernah memakai cermin mata. Walau bagaimanapun, pemeriksaan mata rutin harus merangkumi ujian saringan kesihatan mata dari permukaan hadapan ke permukaan belakang mata, koordinasi otot mata, tekanan mata dan sebagainya. Ia tidak dapat dilakukan tanpa bantuan alat-alat optik yang tertentu.
Lampu Celah Biomikroskopi
Lampu celah biomikroskop merupakan instrumen yang penting dalam penilaian kesihatan mata primer. Semasa ujian, pengamal penjagaan mata akan memeriksa semua bahagian mata anda, termasuk :
- Kelopak mata
- Konjungtiva
- Kornea
- Sklera
- Iris
- Kanta kristalin
Kepentingan Lampu Celah Biomikroskop
Ia membantu untuk menentukan sama ada anda bebas daripada penyakit mata seperti:
- Radang kelopak mata
- Mata kering
- Pterygium
- Iritis
- Katarak
- Ulser kornea
Jika anda seorang pemakai kanta sentuh, pengamal kesihatan mata anda boleh memastikan kesesuaian kanta sentuh anda melalui pemerhatian dari lampu celah biomikroskop.
Dalam penjagaan mata selepas pemakaian kanta sentuh, pemeriksaan mata menerusi instrumen lampu celah biomikroskop membolehkan pengamal kesihatan mata membuat pertimbangan objektif tentang interaksi antara kanta sentuh dan mata dan penilaian kasar terhadap perubahan pada kanta sentuh seperti keadaan deposit bio metabolik pada kanta sentuh.
Ia juga penting dalam mengendalikan komplikasi pemakaian kanta sentuh. Ini membolehkan pengamal kesihatan mata mengenal pasti penyakit kornea yang disebabkan oleh pemakaian kanta sentuh dan komplikasi sekunder yang berikutnya.
Tonometri – Tonometer Icare®
Mata kita berbentuk seperti glob mentol yang mempunyai tekanannya sendiri. Anda mungkin pernah mendengar tentang Glaukoma, penyakit okular di mana tekanan intraokular (IOP) adalah cukup tinggi sehingga menyebabkan kerosakan pada saraf di mata. Kini, glaukoma merupakan punca kedua kebutaan di seluruh dunia. Penyakit mata ini boleh terjadi tanpa simptom pada peringkat awal sehingga ia berlanjutan dan merosakkan saraf yang menyebabkan medan penglihatan semakin mengecil dan akhirnya menjadi buta.
Walau bagaimanapun, anda tidak perlu bimbang kerana kami boleh menilai tekanan mata dengan cara yang cepat, mudah dan tidak menyakitkan menggunakan tonometer ICARE® baharu! Apa yang istimewa ialah tonometer ICARE® tidak memerlukan anestetik pada mata pesakit! Penilaian tekanan intraokular adalah penting dalam pengesanan awal glaukoma. Dengan pengesanan awal, glaukoma boleh dikawal melalui pengambilan ubat-ubatan atau pembedahan. Rawatan awal boleh melindungi mata daripada kehilangan penglihatan sepenuhnya. Oleh itu, jangan tunggu lagi dan marilah dapatkan janji temu di Optometris Anggun berdekatan sekarang.
Funduskopi – Funduskop Mudah Alih Zeiss (Visuscout-100)
Pernahkah anda terfikir ke mana perginya cahaya selepas ia masuk ke dalam mata kita? Cahaya sebenarnya dibiaskan dan dialihkan ke makula yang terletak di retina, lapisan sel fotoreseptor di permukaan belakang mata. Ini memboleh kita untuk melihat keindahan alam dalam kehidupan kita. Funduskop adalah instrumen yang bertanggungjawab untuk pemeriksaan vitreo-retinal. Funduskop mudah alih ini boleh memberikan imej yang jelas tentang keadaan kesihatan retina dengan mudah tanpa membesarkan pupil.
Pelbagai faktor risiko kehilangan penglihatan yang melibatkan cecair vitrus dan lapisan retina boleh didiagnosis dengan Funduskopi. Contohnya, jika anda menghidap penyakit diabetes atau hipertensi, pemeriksaan fundus secara berkala adalah penting untuk mengenal pasti tanda-tanda retinopati diabetes atau hipertensi yang boleh menyebabkan kehilangan penglihatan yang kekal atau sukar untuk dirawat. Degenerasi makula berkaitan usia dan pembengkakan di retina juga boleh dikenal pasti melalui funduskopi.
Marilah dapatkan rutin pemeriksaan mata secara percuma di kedai Optometris Anggun. Tempah janji temu anda sekarang! Klik di sini untuk mencari kedai kami.